1 Teachersscard




'1TeacherssCard'

  • Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) telah
    memperkenalkan kad kredit '1TeachersCard' yang di cipta eksklusif untuk guru-guru dan kakitangan
    yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • '1TeachersCard' secara rasminya telah dilancarkan pada 16 Mei 2013 ketika Majlis Pelancaran
    Karnival Hari Guru Tahun 2013 di Seremban,Negeri Sembilan.

  • Kad kredit ini memperkenalkan khusus untuk menghargai sumbangan para guru kepada masyarakat dan negara
    dengan menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan berbanding kad kredit lain di pasaran.

  • Ditawarkan dalam bentuk Skim Islamik dan Konvensional dengan menawarkan pelbagai manfaat seperti berikut:


FAEDAH LANGGANAN '1TeachersCard'

☘   Kadar Faedah terendah di pasaran dengan hanya 8.88%

☘   PengecualianYuran Tahunan seumur hidup

☘   Mata ganjaran BSN yang tiada tamat tempoh

☘   Program Pemindahan Baki Tanpa Caj

☘   Pelan Bayar Mudah Tanpa Caj

☘   Perkhidmatan Tunai Mudah

☘   Manfaat Kemalangan Perjalanan & Kesulitan secara percuma

☘   Pemberian Kad Zing PLUSMiles secara percuma

☘   Lain-lain keistimewaan kad semasa yang ditawarkan oleh MasterCard Worldwide


  • Bagi kemudahan pembayaran,pemegang kad boleh mengakses pelbagai transaksi menerusi rangkaian besar,
    cawangan dan mesin ATM/CDM BSN di seluruh negara atau melalui perbankan internet menerusi portal
    mybsn.com.my, BSN:SMS atau GIRO antara bank.

  • Menerusi langganan kad kredit ini, YGMB turut menawarkan pengecualian bayaran Yuran Pendaftaran Keahlian
    sebanyak RM10 kepada guru-guru dan kakitangan yang telah memiliki '1TeachersCard' tetapi masih belum menjadi Ahli YGMB.

  • Mulai tahun 2014, YGMB dan BSN telah meluaskan syarat pemilikan '1TeacherCard' tidak terhad kepada guru-guru dan kakitangan tetapi
    turut ditawarkan kepada kakitangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang masih berkhidmat di seluruh negara.

  • Bagi tahun 2015, YGMB dan BSN mensasarkan lebih 30,000 langganan baharu '1TeacherCard' dengan lebih banyak manfaat yang akan diperkenalkan oleh YGMB dan BSN dari masa ke semasa.


Top