Blogs

Juruteknik Komputer SK Parit Bunga Terharu Terima Sumbangan Akibat Kemalangan Jalan Raya

Undefined

MUAR, 1 Oktober 2015 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) hari ini telah menyampaikan sumbangan kebajikan “Pembiayaan Kos Perubatan Hospital Akibat Kemalangan Jalan Raya” berjumlah RM9,344 kepada Juruteknik Komputer En. Mohd Raffizal Mohamed Sani di SK Parit Bunga, Muar Johor.

Penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat di SK Parit Bunga hari ini.

Menurut Dato’ Wan Munadi, sumbangan tersebut merupakan faedah yang diperolehi oleh En. Mohd Raffizal untuk menampung kos pembedahan dengan kos sebanyak RM9,344 yang telah dijalani oleh beliau di Hospital Pakar KPJ Muar apabila beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Dalam kes Mohd Raffizal ini menunjukkan banyak faedah bakal diperoleh apabila menjadi ahli YGMB sama ada guru atau kakitangan sekolah dengan bayaran yuran bulanan serendah RM10 sebulan.

Sejak Skim Keahlian Baharu dilancarkan pada tahun 2013, sumbangan Insentif Pendidikan sebanyak RM1.8 juta, Rawatan RM85,037, Bencana RM479,500, Khairat Kematian sebanyak RM481,600 dan lain-lain sumbangan berjumlah RM2.1 juta sudah dibayar kepada ahli. Terdapat 16 produk dalam skim berkenaan dan peruntukan sebanyak RM2 juta telah disediakan oleh YGMB khusus sumbangan kepada ahli-ahli.

Hadir sama dalam majlis penyerahan sumbangan berkenaan ialah Guru Besar SK Parit Bunga, En. Miswan Tori dan guru-guru sekolah berkenaan.

  • Title: Juruteknik Komputer SK Parit Bunga Terharu Terima Sumbangan Akibat Kemalangan Jalan Raya
  • Posted by:
  • Date: 1:41 PM
  • Tags:
  • Comments

0 Comments

Top