Kebajikan




Page Title

Sejak ditubuhkan pada tahun 1994, YGMB telah membelanjakan lebih RM 12 juta sumbangan pelbagai faedah kepada ahli. Tahun 2014 sahaja sebanyak RM 1,625,019.45 telah dibelanjakan untuk ahli sekaligus merupakan nilai sumbangan tertinggi telah direkodkan sepanjang penubuhan YGMB. Nilai ini tidak termasuk lain-lain sumbangan yang disalurkan kepada pelbagai pihak yang menjadikan nilai sumbangan keseluruhan berjumlah RM 1,857,459.45. Statistik sumbangan kebajikan kepada ahli pada tahun 2014 dapat dilihat seperti berikut.

Berdasarkan nilai sumbangan berjumlah RM 1,625,019.45, sebanyak 85.9% atau RM 1,396,100.00 daripadanya telah dibayar kepada Ahli Seumur Hidup & Ahli Biasa pada tahun 2014. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 795,000.00 merupakan sumbangan Hadiah Oersarran yan gmelibatkan 3,994 tuntutan sekaligus merupakan kategori sumbangan kebajikan terbesar direkodkan tahun 2014. Ini diikuti dengan sumbangan Kemasukan/Tamat Pengajian Ahli atau Anak Ahli ke IPTA/IPTS/IPGM yang melibatkan sebnayak 822 tuntutan bernilai RM 246,000.00.

Pada tahun 2014 juga, YGMB telah membelanjakan sebanyak RM 184,000.00 bagi kategori sumbangan Bencana terutamanya bencana banjir yang melibatkan 371 Ahli Seumur Hidup & Ahli Biasa khususnya di daerah Kuantan dan Pekan Pahang serta Kemaman, Terengganu. Statistik jumlah tuntutan dan nilai sumbangan kepada Ahli Seumur Hidup & Ahli Biasa bagi tahun 2014 adalah seperti carta di bawah.

Bagi Ahli Baharu pula, sepanjang tahun 2014 sebanyak 37 tuntutan telah direkodkan yang melibatkan nilai sumbangan keseluruhan berjumlah RM 228,919.45. Daripada jumlah tersebut, sumbangan Kelahiran Anak merupakan kategori sumbangan terbesar dicatatkan dengan nilai sumbangan berjumlah RM 52,800.00.


Top