Blogs

Majlis Pelancaran Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Peringkat Negeri Pahang – GM1M – Pemangkin Transformasi Pendidikan Pahang

Undefined

KUANTAN, 19 November 2015 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) terus menjalin kerjsama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di setiap negeri. Pada kali ini YGMB dengan kerjasama PPD Daerah Kuantan telah melancarkan Program Guru Muda dengan tema “GM1M – Pemangkin Transformasi Pendidikan Pahang”.

Dalam majlis ini, YGMB telah menyumbang set lengkap kertas soalan peperiksaan sebenar bagi semua mata pelajar peperiksaan di sekolah rendah dan menengah bernilai RM50,000 kepada seramai 550 orang guru di daerah tersebut.

Pengerusi YGMB, Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Mohd Dom berkata, buku tersebut menyediakan himpunan soalan dan jawapan lengkap bagi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM dari tahun 2007 hingga 2014.

“Cetakan set lengkap buku soalan peperiksaan ini merupakan terbitan eksklusif daripada YGMB yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan (LPM)” katanya. Buku yang diterbitkan oleh YGMB ini adalah untuk dijual kepada pihak sekolah dengan menjana keuntungan hampir RM2 juta setiap tahun sejak diterbitkan pada tahun 2010.

Hadir sama dalam majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, En. Mohd Pauzi Taib.

Sementara itu, beliau berkata, YGMB akan meningkatkan nilai bantuan kebajikan kepada guru yang mencarum dengannya menerusi 16 skim yang disalurkan yayasan berkenaan pada masa hadapan. Menurut beliau lagi, pada masa ini, YGMB mempunyai kira-kira 100,000 ahli dan pihaknya mensasarkan separuh daripada 420,000 guru di seluruh negara untuk menjadi ahli pertubuhan itu dalam tempoh lima tahun mulai sekarang.

  • Title: Majlis Pelancaran Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Peringkat Negeri Pahang – GM1M – Pemangkin Transformasi Pendidikan Pahang
  • Posted by:
  • Date: 2:33 PM
  • Tags:
Top