Blogs

PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Melonjak Transformasi Pendidikan Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis dan Cameron Highlands

KUALA LIPIS, 22 Februari 2016 – Program bersama Guru Muda 1Malaysia (GM1M) kali ini diteruskan ke Daerah Lipis dan Cameron Highlands apabila telah berjaya

dilaksanakan di Daerah Kuantan pada November tahun lalu. Program yang dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi YGMB dan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang itu telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang guru muda sekitar Daerah Lipis dan Cameron Highlands http://www.achaten-suisse.com/ dan telah diadakan di Dewan Utama Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Dalam majlis itu juga, YGMB telah menyampaikan sumbangan kepada 10 orang guru yang menghidapi penyakit kritikal dan yang masih berkhidmat di sekolah.

YGMB akan terus melaksanakan program GM1M ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sebagai salah satu usaha menyebarluaskan maklumat berkaitan peranan YGMB kepada semua warga pendidik khususnya guru-guru baharu di samping mengeratkan hubungan antara YGMB dengan jabatan-jabatan pendidikan dan pejabat-pejabat pendidikan daerah di seluruh negara selain membantu memperkasakan lagi peranan GM1M dalam dunia pendidikan negara.

English
  • Title: PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Melonjak Transformasi Pendidikan Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis dan Cameron Highlands
  • Posted by:
  • Date: 2:21 PM
  • Tags:
  • Comments

0 Comments

Top