Blogs

PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak Peringkat Daerah Bintulu

Undefined

BINTULU, 27 Februari 2016 – Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Daerah Bintulu telah dirasmikan di daerah itu antara lain bertujuan menyebarluaskan maklumat berkaitan Skim Keahlian dan Kebajikan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) kepada warga pendidik khususnya guru-guru muda di seluruh Sarawak.

Perasmiannya telah diadakan di Dewan Phoenix Hotel Kemena Plaza Bintulu dengan penyampaian amanat dan perkongsian pengalaman oleh Pengerusi YGMB, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Mohd Dom. Selain dari sesi penerangan berkaitan peranan YGMB, sesi penerangan hala tuju guru muda turut disampaikan oleh Pengetua Cemerlang merangkap Pengerusi Majlis Pengetua Bahagian Bintulu, Cikgu Ananthan Subramaniam dalam majlis yang dihadiri seramai 450 orang GM1M itu.

Selain pendedahan mengenai peluang GM1M menikmati pelbagai faedah dan manfaat 16 produk skim berkenaan, YGMB turut memberi penerangan berhubung program transformasi yang telah dilaksanakan dengan menceburi bidang pembangunan hartanah bagi meningkatkan sumber ekonomi dan memperkukuhkan dana kewangan dari segi pemilikan aset dan jalinan strategik bersama badan-badan korporat.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Timbalan Pengerusi YGMB, YBhg. Dato’ Haji Abdul Raof Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat serta Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Bintulu, Law Siong Lee yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, En. Abdul Mu’in Abdul Kassim.

Dalam majlis itu juga, YGMB telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 6 orang guru yang sedang menghidapi penyakit kritikal dan yang masih berkhidmat di sekolah.

  • Title: PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak Peringkat Daerah Bintulu
  • Posted by:
  • Date: 5:09 PM
  • Tags:
Top