Skip to main content
x

GURU MENGERJAKAN HAJI TERIMA SUMBANGAN YGMB

JENGKA, 22 November 2017 – Zahalina Mat Yusof, 46, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK LKTP Jengka 8 hari ini telah menerima sumbangan Saguhati Mengerjakan Haji berjumlah RM500.00 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat dalam satu majlis Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah berkenaan. Turut hadir ialah Guru Besar SK LKTP Jengka 8, Azemi Sagir, ibu bapa serta guru-guru sekolah berkenaan.