Skip to main content
x

GURU SMK TENGKU SOFIAH TERHARU TERIMA MANFAAT YGMB

PENDANG, 3 OGOS 2018 - Seorang guru muda wanita yang mengalami masalah kesihatan terharu menerima manfaat sebagai ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Nor Hanim Mohammed Yasin, 35, berkata, namun begitu dia lebih gembira sekiranya nikmat sihat yang dinikmatinya dahulu dapat dirasai semula.

"Memang seronok dapat duit macam ini, tapi lagi seronok kalua Allah berikan semula nikmat sihat kepada saya," katanya ketika ditemui di Program Guru Muda, baru-baru ini.

Nor Hanim berkata, beliau mula menjadi ahli YGMB sejak 2015 yang lalu dan bersyukur dengan manfaat yang diperolehnya pada hari ini.

Nor Hanim merupakan guru Bahasa Inggeris namun kini hanya mampu mengajar Pendidikan Seni berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Beliau yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Sofiah, Alor Setar pernah mengalami sawan pada 2011 namun kembali sembuh.

"Pada 2017 saya sekali lagi diserang penyakit sawan dan terpaksa ditahan di hospital sehingga tidak mampu untuk memandu kereta.

"Alhamdulillah kini saya beransur baik dan boleh memandu kembali, cuma ada ketika saya tidak boleh nak 'parking' kereta lagi," jelasnya.

Difahamkan, Nor Hanim turut mengalami masalah pendengaran dan kini hanya mampu mendengar sekitar 50 peratus sahaja.

 

Sumber: Sinar Harian