1. Apakah YGMB ?
YGMB ialah singkatan dari Yayasan Guru Malaysia Berhad.
2. Berapakah yuran yang perlu dibayar untuk menjadi ahli YGMB ?
Ahli YGMB perlu membayar Yuran Pendaftaran RM10.00 dan Yuran Keahlian RM10.00 (Bulanan). Ahli YGMB yang sedang berkhidmat diwajibkan membayar Yuran Keahlian melalui potongan gaji Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) manakala ahli YGMB yang bersara dikehendaki membayar Yuran Tahunan RM120.00
3. Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli YGMB ?
Pendaftaran ahli baru YGMB boleh dibuat melalui online 'e-Keahlian' atau dengan mengisi Borang Permohonan Menjadi Ahli yang boleh diperolehi menu 'Borang - Borang Utama' atau dengan menghubungi pejabat YGMB. Semua pendaftaran baru ahli YGMB hendaklah membuat pembayaran sebanyak RM50.00 (RM10.00 Yuran Pendaftaran + (4 X RM10.00 Yuran Bulanan)). Bayaran boleh dibuat dimana – mana cawangan Bank Muamalat (M) Berhad (Akaun No. : 1403 000 5968 710 YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (2)) atau CIMB Bank (Akaun No. 1434-0001063-10-9 YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD). Sekiranya bayaran dibuat melalui kiriman wang/wang pos/bank draf hendaklah dibuat atas nama YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD. Faks atau kirimkan salinan Bukti Pembayaran untuk pengesahan kepada pihak YGMB.
4. Saya ingin membuat pembayaran Yuran Keahlian melalui potongan gaji Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) bagaimanakah caranya ?
Bagi membolehkan potongan gaji melalui BPA dibuat ahli dihendaklah mengisi Borang BPA 1/79. Borang BPA 1/79 boleh diperolehi dengan menghubungi pihak YGMB melalui emel { This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. } atau talian telefon 03-4105 8650/4105 7866 untuk membolehkan pihak YGMB mengirimkan Borang 1/79. Borang 1/79 yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada pihak YGMB beserta salinan Kad Pengenalan dan Slip Gaji yang telah disahkan.
5. Saya mempunyai yuran tertunggak, saya ingin membuat potongan BPA, perlukah saya membayar yuran tertunggak tersebut?
Ahli YGMB digalakkan membuat bayaran Yuran Keahlian melalui potongan BPA dan yuran tertunggak tidak perlu dijelaskan.
6. Apakah faedah/manfaat menjadi ahli YGMB?
Ahli YGMB yang membayar Yuran Keahlian RM10.00 sebulan mulai 17 Januari 2011 akan menerima faedah seperti Khairat Kematian Ahli RM3,000.00, Kematian Pasangan (Suami/Isteri) RM750.00, Kematian Anak (umur tidak lebih 18 tahun) RM500.00, Kemasukan ke IPTA/IPTS/IPGM (ijazah dan ke atas termasuk seorang anak sahaja umur tidak lebih 22 tahun) RM500.00, Hadiah Persaraan (wajib) RM500.00, Malapetaka RM500.00, Kemalangan RM500.00, Rawatan RM500.00, Perkahwinan (hanya diberi sekali sahaja) RM300.00 dan Melahirkan Anak (hanya seorang anak sahaja) RM250.00 manakala ahli yang lain (Ahli Seumur Hidup/Biasa lama) akan memperolehi faedah Derma Insentif Pelajaran RM300.00, Derma Rawatan RM500.00, Derma Malaperaka RM500.00 dan Derma Khairat Kematian RM500.00
7. Bagaimana saya ingin mengetahui status keahlian saya ?
Ahli boleh menyemak status keahlian secara online 'e-Keahlian' dan log masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan baru sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan atau dengan menghantar maklumat melalui email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menghubungi terus ygmb di talian 03-4105 8679/41057866.
8. Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan Derma Tabung Kebajikan ?
Tuntutan boleh dibuat melalui online 'e-Keahlian' atau dengan mengisi Borang Permohonan Derma Bantuan Kebajikan yang boleh dimuat turun di menu KEMUDAHAN -> MUAT TURUN atau menghubungi pihak YGMB melalui emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau talian telefon 03-41058679/03-41057866 untuk membolehkan pihak YGMB mengirimkan borang. Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada pihak YGMB beserta dokumen – dokumen sokongan yang ada dinyatakan dimuka surat 3 & 4 Borang Permohonan Bantuan Kebajikan.
9. Saya akan bersara minggu hadapan, adakah ganjaran yang diberikan oleh YGMB kepada ahli YGMB yang akan bersara ?
Ahli YGMB yang membayar Yuran Keahlian RM10.00 sebulan mulai 17 Januari 2011 boleh membuat tuntutan Hadiah Persaraan bernilai RM500.00
10. Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan Derma Tabung Kebajikan yang telah dipohon ?
Segala tuntutan sumbangan akan dijelaskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sekiranya syarat – syarat, dokumen lengkap dan bayaran yuran melalui potongan gaji telah diluluskan.
11. Saya sudah bersara, adakah saya layak mendapat segala faedah ahli YGMB ?
Ahli YGMB yang sudah bersara layak menerima segala faedah sekiranya tiada yuran tertunggak.
12. Adakah sebarang insentif untuk anak yang ditawarkan melanjutkan pelajaran ?
Ada, YGMB memberikan sumbangan kepada ahli – ahli termasuk anak ahli yang menerima tawaran melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS/IPGM bernilai RM500.00 kepada ahli YGMB yang membayar Yuran Keahlian RM10.00 sebulan mulai 17 Januari 2011.
13. Adakah sebarang insentif kepada anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR atau PMR atau SPM ?
Tidak, YGMB tidak memberikan sebarang sumbangan kepada anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR atau PMR atau SPM.
14. Bagaimanakah saya hendak mendapatkan Kad Keahlian YGMB yang sudah hilang ?
Untuk makluman ahli, buat masa ini pihak YGMB tidak lagi mengeluarkan kad keahlian. Sekiranya pada masa akan datang, pihak YGMB bercadang mengeluarkan semula kad keahlian, ahli - ahli akan segera dimaklumkan.
15. Mengapa saya sudah lama tidak menerima apa – apa berita daripada YGMB ?
YGMB akan menghantar Buletin YGMB yang akan diterbitkan sebanyak 2 kali setahun.
16. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat YGMB ?
Ahli boleh mendapatkan maklumat terkini YGMB melalui laman web YGMB www.ygmb.com.my dan facebook YGMB www.facebook/yayasangurumalaysiaberhad
17. Adakah ahli YGMB yang ingin berhenti mendapat kembali caruman yuran yang sudah dibayar ?
Ahli yang ingin berhenti tidak akan mendapat kembali yuran keahlian yang sudah dibayar.
YGMB akan melancarkan Skim Terbaru sumbangan derma Tabung Kebajikan YGMB yang akan berkuatkuasa...
Read more...