Kebajikan YGMB

 

Penting:

  • Kepada ahli-ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad yang membayar Yuran Keahlian RM10.00 sebulan mulai 17 Januari 2011 yang tidak membayar yuran selama 3 bulan berturut-turut tidak akan menerima apa-apa faedah daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad.

  • Sumbangan akan disemak semula setiap enam (6) bulan sekali.

 

A1.  Sumbangan Khairat Kematian

  • Kematian Ahli – RM3,000.00

  • Kematian Pasangan (suami/isteri) – RM750.00

  • Kematian Anak (bawah 18 tahun) – RM500.00

  1. Dibayar kepada benefisiari (penama) di atas kematian seorang ahli bermanfaat (semua ahli yang membayar RM10.00 sebulan mulai 17 Januari 2011) yang meninggal dunia.

  2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen – dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut :

    • Salinan Sijil Perakuan Kematian

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon

    • Salinan Sijil Nikah (jika suami/isteri), Sijil Kelahiran(jika anak/adik-beradik) dan Surat Akuan Bersumpah (jika waris terdekat si mati tidak meletakkan penama)

    • Salinan Sijil Keahlian Seumur Hidup dan pemulangan Kad Ahli Seumur Hidup (jika ada bagi Ahli Seumur Hidup)

  3. Bagi kematian pasangan (suami/isteri) sila sediakan :

    • Salinan Sijil Perakuan Kematian

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon (ahli)

    • Salinan Sijil Nikah/Surat Akuan Bersumpah (jika kehilangan Sijil Perkahwinan)

  4. Bagi kematian anak kandung sila sediakan :

    • Salinan Sijil Perakuan Kematian

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon (ahli)

    • Salinan Sijil Kelahiran anak

    • Salinan Kad Pengenalan anak

A2.  Kemasukan ke IPTA/IPTS/IPGM – RM500.00

  1. Dibayar kepada ahli bermanfaat bagi diri sendiri dan seorang anak ahli yang sudah mendaftar dan diterima masuk institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (JPA/MQA) pada peringkat Saujana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah.

  2. Jika suami dan isteri menjadi ahli YGMB, hanya seorang sahaja sama ada suami atau isteri boleh memohon Insentif Pelajaran untuk seorang anak yang sama. Anak ertinya anak kandung seorang ahli atau anak angkat yang sah di sisi undang – undang yang berumur tidak lebih daripada dua puluh dua (22) tahun dan masih bujang (belum berkahwin) pada waktu pendaftaran masuk ke universiti.

  3. Syarat memohon :

    • Kepada ahli yang didaftarkan pada atau selepas 17.01.2011 layak memohon jika yuran potongan telah diluluskan sebelum tarikh pendaftaran masuk ke institusi pengajian tinggi.

    • Adalah seorang ahli bermanfaat pada tarikh ahli tersebut atau anak ahli mendaftar masuk ke pusat pengajian awam/swasta

  4. Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut :

    • Salinan surat tawaran masuk ke institusi pengajian tinggi

    • Salinan surat pendaftaran masuk

    • Salinan Kad Pengenalan ahli

    • Salinan Sijil Kelahiran jika graduan anak ahli

A3.  Hadiah Persaraan Wajib – RM500.00

  1. Dibayar kepada ahli-ahli YGMB yang bermanfaat yang bersara wajib. Permohonan hanya boleh dibuat pada atau selepas tarikh akhir ahli bertugas.

  2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti  berikut :

    • Salinan surat bersara wajib daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

    • Salinan surat pengesahan bersara daripada majikan

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon

A4.  Malapetaka – tidak melebihi RM500.00

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut :

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon

    • Laporan Polis/Bomba

    • Laporan dari Jabatan/Sekolah/Ketua Kampung/JKKK dan lain-lain yang berkaitan dengan kes.

  2. Malapetaka yang melibatkan harta benda ahli sahaja seperti kebakaran, banjir berpanjangan (melibatkan kerosakan harta benda) dan ribut.

  3. Permohonan sekali sahaja untuk setiap ahli

A5.  Kemalangan – tidak melebihi RM500.00

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yaang disahkan seperti berikut :

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon

    • Laporan Polis/Bomba/Hospital

    • Laporan dari Jabatan/Sekolah/Ketua Kampung/JKKK dan lain-lain yang berkaitan dengan kes untuk menyokong permohonan tersebut.

  2. Kemalangan seperti kemalangan jalanraya yang melibatkan kecederaan (dimasukkan wad) dan lain-lain yang difikirkan munasahab oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah.

A6.  Rawatan – tidak melebihi RM500.00

  1. Permohonan daripada ahli bermanfaat boleh dipertimbangkan oleh Lembaga/Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan YGMB berdasarkan kes-kes tertentu yang difikirkan perlu dan patut, tertakluk kepada budi bicara dan keputusan Ahli Jawatankuasa berkenaan. Seorang ahli hanya layak memohon sekali sehaja.

  2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut :

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon

    • Laporan Doktor

    • Surat dari Hospital/Klinik/Farmasi

    • Sijil Cuti Sakit (Medical Check-out)

    • Bil-bil rawatan

  3. Seperti penyakit kronik, separa kritikal, pembedahan, sakit yang berulang dan lain-lain yang berkaitan.

A7.  Perkahwinan – (Sekali Perkahwinan sahaja) RM300.00

  1. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut :

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan

    • Sijil Nikah

    • Surat pengesahan perkahwinan ahli YGMB oleh Majikan/Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau B

    • Jika kedua-duanya pasangan pengantin adalah ahli mereka juga adalah layak/

    • Seorang ahli hanya layak memohon sekali sahaja

A8.  Melahirkan anak – hanya seorang anak sahaja RM250.00

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut :

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon

    • Laporan Hospital/Borang Pendaftaran Masuk/Keluar Hospital (resit)

    • Sijil Cuti Bersalin

    • Sijil Perakuan Kelahiran anak dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Perkara-perkara lain

  1. Dokumen-dokumen sokongan boleh disahkan oleh Pengetua, Guru Besar dan Pegawai-Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Iktisah

  2. Seksyen 9 Peraturan-Peraturan Tabung Kebajikan Yayasan Guru Malaysia Berhad menyatakan Yayasan Guru Malaysia Berhad berhak meminda kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa termasuk mengurangkan kadar yang ditetapkan mengikut keadaan semasa.

  3. Peraturan-peraturan berkuatkuasa mulai 17 Januari 2011.

______________________________________________________________________________________________

Faedah lama yang boleh dituntut oleh Ahli Seumur Hidup adalah seperti di bawah :

B1.  DERMA KHAIRAT KEMATIAN

  1. Dibayar kepada benefisiari seorang ahli bermanfaat yang meninggal dunia. Jika benefisiari yang dicalonkan oleh ahli tidak dapat dikesan atau meninggal dunia, maka bayaran boleh dibuat kepada mana – mana waris yang sah mengikut Hukum Faraid bagi Si Mati yang beragama islam dan mengikut Undang – Undang Sivil bagi Si Mati yang bukan beragama islam.

  2. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat oleh benefisiari dan diterima oleh YGMB dalam masa tidak lewat daripada enam puluh (60) hari dikira dari tarikh kematian ahli.

  3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen – dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut :

    • Salinan Sijil Perakuan Kematian;

    • Salinan Permit Pengkebumian

    • Salinan Kad Pengenalan Benifisiari;

    • Salinan Sijil Nikah (jika suami / isteri), Sijil Beranak (jika anak / adik – beradik) dan Surat Akuan Bersumpah (jika waris terdekat / benefisiari (penama) yang sah di sisi Undang – Undang Sivil).

    • Sijil Keahlian Seumur Hidup dan Kad Ahli Seumur Hidup (jika ada bagi Ahli Seumur Hidup)

B2.  DERMA INSENTIF PELAJARAN

  1. Dibayar kepada Ahli Bermanfaat sekali sahaja sepanjang hayatnya kerana Ahli atau anak Ahli menerima ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia pada peringkat Sarjana Muda, Sarjana atau Doktor Falsafah.

  2. Jika suami dan isteri menjadi Ahli YGMB, hanya seorang sahaja sama ada suami atau isteri boleh memohon Insentif Pelajaran untuk seorang anak yang sama. Anak ertinya anak kandung seorang Ahli atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang yang berumur tidak lebih daripada dua puluh tujuh (27) tahun dan masih bujang (belum nikah) pada tarikh ijazah dianugerahkan kepadanya.

  3. Syarat memohon:-

    • Kecuali bagi Ahli yang didaftarkan terlebih dahulu, Ahli yang didaftarkan pada atau selepas 1.1.1997 layak memohon jika dia telah menjadi Ahli tidak kurang daripada dua belas (12) bulan berturut-turut sebelum tarikh Ahli atau Anak Ahli memulakan pengajian tahun pertama bagi ijazah yang berkenaan.

    • Adalah seorang Ahli Bermanfaat pada tarikh ijazah dianugerahkan kepadanya atau kepada Anaknya dan pada tarikh permohonan dikemukakan.

  4. Permohonan hendaklah dibuat oleh Ahli dan hendaklah diterima oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad dalam masa tidak lewat daripada enam puluh (60) hari dari tarikh Ahli atau Anak Ahli menerima ijazah dengan Menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut :-

    • Salinan surat tawaran mengikuti pengajian;

    • Salinan ijazah

    • Salinan kad pengenalan pemohon (Ahli) dan graduan;

    • Salinan Sijil Beranak jika graduan Anak Ahli.

B3.  BANTUAN PELBAGAI (RAWATAN & MALAPETAKA SAHAJA)

  1. Permohonan daripada Ahli Bermanfaat boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan berdasarkan kes – kes tertentu yang difikirkan perlu dan patut, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pemegang Amanah.

  2. Sila sediakan salinan dokumen-dokumen penting semasa memohon seperti : Salinan Kad Pengenalan Pemohon / Laporan Polis / Bomba / Jabatan / Sekolah / Hospital (surat doktor) dan lain-lain yang berkaitan dengan kes.

  3. Permohonan hendaklah dibuat oleh Ahli dan hendaklah diterima oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad dalam masa tidak lewat daripada enam puluh (60) hari dari tarikh kejadian / tarikh menerima rawatan.

  4. Bagi kes rawatan semua permohonan hendaklah disertakan bil – bil pembayaran.

PERKARA – PERKARA LAIN

  1. Dokumen-dokumen sokongan boleh disahkan oleh Pengetua, Guru Besar dan Pegawai – Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Iktisah

  2. Seksyen 9 Peraturan – Peraturan Tabung Kebajikan Yayasan Guru Malaysia Berhad menyatakan Lembaga Pemegang Amanah berhak meminda kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa termasuk mengurangkan kadar yang ditetapkan mengikut keadaan masa.

  3. Peraturan – Peraturan ini berkuatkuasa mulai 08 Disember 2000.

 


 

Carta Aliran Kerja

flow

Pengumuman

Pengumuman

YGMB akan melancarkan Skim Terbaru sumbangan derma Tabung Kebajikan YGMB yang akan berkuatkuasa...

Read more...
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com