PENGENALAN
Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) ditubuhkan bertujuan antara lain, memartabatkan profesion keguruan di samping memberi kebajikan kepada warga pendidik.Justeru, YGMB mengambil inisiatif mengadakan perkongsian pintar dengan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Tujuannya untuk membuka peluang lebih luas kepada para pendidik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Melalui anak syarikat YGMB - Konsultansi Sdn Bhd kami cuba membantu pada pendidik mendapatkan kelayakan akademik yang lebih tinggi; selaras dengan usaha mengisi keperluan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020.
BAGAIMANA ?
- YGMB telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan IPTA dan IPTS. Setakat ini dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Open Universiti Malaysia (OUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
- Ketiga - tiga universiti tersebut bersetuju mengendalikan program - program pengajian yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan para pendidik.
- YGMB pula menjalankan promosi serta berperanan sebagai pemudah cara untuk mendapatkan tempat - tempat pengajian dan membantu pembiayaan yuran pengajian melalui Koperasi YGMB.
- Ahli - ahli YGMB yang berminat boleh mengisi Borang KIPT 1 (Borang Hasrat menyertai program ini). Jika anda belum menjadi ahli, sila mendaftar untuk menjadi ahli YGMB.
- Ingin mendapatkan kemudahan pinjaman untuk membiayai pengajian? Sila mendaftar diri untuk menjadi ahli Koperasi YGMB.
APAKAH KELEBIHAN PROGRAM INI ?
- Kurikulum dan kaedah pembelajaran menepati keperluan para pendidik yang tidak berpeluang mendapat cuti belajar dan biasiswa.
- Pembelajaran direkabentuk dengan kaedah Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang sebahagian besarnya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (Virtual Learning Environment)
- Interaksi akaemik secara bersemuka dijalankan di