Penubuhan Pusat Tuisyen

YGMB-KONSULTANSI MENUBUHKAN PUSAT TUISYEN DI WISMA YGMB

Mulai Ogos 2011, YGMB-Konsultansi Sdn. Bhd salah sebuah anak syarikat YGMB telah mengambil langkah untuk menubuhkan pusat tuisyen. Pusat tuisyen ini diberi nama Pusat Tuisyen YGMB. Proses pendaftaran dan pelesenannya telah selesai 90%. Promosinya sedang giat dijalankan malalui risalah, kain rentang dan banting di taman-taman perumahan dan tempat-tempat tumpuan orang ramai sekitar Wisma YGMB. Tidak ketinggalan, melalui laman web YGMB. Insya-Allah, Pusat Tuisyen YGMB ini akan mula beroperasi Januari 2012, dengan sokongan ahli dan penduduk setempat.

Dalam pada itu, matlamat jangka panjangnya pusat tuisyen ini akan dikembangkan secara berperingkat-peringkat dengan aktiviti berkaitan seperti berikut:

a.Menubuhkan Tabung Amanah Tanggungjawab Sosial Kelolaan Yayasan Guru Malaysia Berhad. Ia bertujuan untuk membiayai kanak-kanak tidak berkemampuan mengikuti kelas-kelas bimbingan. Tidak terhad kepada kelas-kelas akademik yang biasa sahaja, bahkan akan dikembangkan mencakupi kelas-kelas Quran-Tajwid dan Fardu A’in untuk kanak-kanak jalanan dan tidak sah taraf dengan kerjasama beberapa NGO lain.

b.Menubuhkan pusat-pusat tuisyen di tempat-tempat lain juga. Bukan sekadar pusat tuisyen yang biasa; bahkan ia akan menawarkan suatu konsep kelas bimbingan yang menepati prinsip-prinsip ilmu pendidikan sebenar.

c.Menubuhkan sistem francais pusat tuisyen. Projek ini dapat menawarkan bukan sekadar pusat tuisyen yang menepati prinsip-prinsip ilmu pendidikan sebenar; bahkan menawarkan kerjaya kedua kepada pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berminat.


pusattuisyenygmb

Pengumuman

Pengumuman

YGMB akan melancarkan Skim Terbaru sumbangan derma Tabung Kebajikan YGMB yang akan berkuatkuasa...

Read more...
Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com